October 20, 2012

A Moment to Remember


 Di sini saya dibesarkan.
Di sini tempat saya berlindung.
Di sini tempat saya mengenal erti kasih syg.
Di sini tempat saya kenal ayah.
Di sini tempat saya kenal mak.
Di sini saya kenal seluruh ahli keluarga.

DIA yang tempatkan saya disini.





 I rarely tell you about my family.
It doesn't mean that I have none.
Cuma terkadang terlalu banyak untuk dikongsi.
I thank Allah.
I thank them for being by my side. 
My supporters.
My backbone.
My shelter.
 Thanks for being my everything.

Di saat orang lain berlalu meninggalkanku,
Mereka tetap disini, menyapa bahuku.
KAMI masih disini.
Tetap setia menemani.



 Dulu kami bukan orang kaya.
Adik-beradik ramai, maka yuran sekolah pun bukan sikit.
Baju sekolah pun kadang-kadang kitar semula.
Dulu kalau hari raya, tarikh dekat-dekat dengan tarikh bukak sekolah.
Terpaksalah kami pilih, nak baju sekolah atau baju raya?

Allah Allah Allah.

Dulu hanya tahu merengek.
So dapatla saya baju raya dengan kasut sepasang.
Tapi saya cuba bayangkan semula.
Apa agaknya perasaan mak ayah waktu tu?
Nak pujuk anak, diri sendiri terpaksa berkorban.

Mom and dad, I'm gonna pay for what you have sacrificed for me. 

Allah Allah Allah.

 But now, Alhamdulillah.
Our life is getting better.
Dulu tak dapat nak merasa family holiday.
Tapi sekarang ada la sikit-sikit.
Syukur dengan kehidupan sekarang.



 I said to myself that I want to be a better daughter for you.
And for dad too.
This picture was taken during my sister's graduation day.
I'm sorry.
There is no picture of me with my dad, since I'm closer to my mom.
I rarely talk to my dad.
Even if I want something from my dad, I ask mom to ask dad.
And mom will do as I wish.
But before that, mom scolded me.
And thats before my dad become less grumpy.
But nevertheless I love my dad.




I have been searching on my computer thoroughly 
and I thought this picture has a lot of memory in it.
It was already five years from the day but memories never fade away.
Thank God I'm still alive.
 Mereka inilah yang jaga saya siang malam.
Suapkan makanan saya.
Paksa saya makan.
Borak-borak dengan saya.
Merekalah penggerak semangat saya untuk cepat pulih.

 

 Radiology department, Hosp.Kuala Lumpur.
Me with my mom waiting for my turn to be diagnosed.



All together five women in a family.
We are BIG.


Raya 2010.

Hey wait !
Why you no story about me?

October 18, 2012

Persis Mawar Berduri

“Along, control ayu. Prince charming datang tu!” Aqila tersenyum lebar.

Belumpun sempat Ain bertanyakan siapa gerangannya, Ahmad Zamri Zainudin sudahpun mengambil tempat duduk disisi kanannya. Ain ternyata kurang selesa dengan jarak interpersonal di antara mereka berdua yang sangat dekat. Tubuhnya seakan kaku seperti tunggul kayu. Hidungnya dapat menangkap bau minyak wangi Silky Men yang begitu mencucuk hidung.

“Ain, kebetulan saya nampak awak disini. By the way,awak free tak hujung minggu ni? Kalau ya, saya nak ajak awak keluar. Boleh kan?”Zamri bertanya sambil matanya tak lepas dari memandang Ain.

Entah kenapa, dia terasa semua perlakuannya diperhatikan. Pada saat matanya berada setentang dengan Zamri, nyata sangkaannya begitu tepat. Waktu itu, secara tidak sengaja mukanya bertemu dengan muka Zamri. Hatinya bertambah geram. Dia tidak membalas dengan senyuman, melainkan ekspresi muka expressionless yang terukir diwajah. Atau dengan kata mudahnya, dia hanya buat-buat tidak tahu. Memang wanita muslimah wajib begitu. Menjaga pandangan mata tidak hanya terhad pada lelaki, malah wanita juga. Jika kesemua lelaki dan wanita didunia ini begitu, dengan izin Allah maka tiada lagi zina, anak luar nikah, buang bayi dan sebagainya. Jangan terkejut, kerana semua itu boleh bermula dengan hanya pandangan mata!

“Haaacuuummm!”

“Haaacuuummm!” 
Dua kali terbersin sudah cukup membuatkan hidungnya berubah merah. Dia sengaja membiarkan dirinya memberi respon sebegitu agar Zamri berhenti merenung. Kebetulan hidungnya memang sensitif dengan bau-bauan beralkohol, jadi bersinnya bukan dibuat-buat. Dia cuma mengambil peluang atas kesempatan emas yang ada. Yang jelas, idea bijaknya menjadi. 
“Awak tak apa-apa?” Zamri bertanya sambil badannya bergerak sedikit jauh dari kedudukan asal. Dia tahu Ain Atiqah sangat tidak selesa dengan jarak mereka yang begitu dekat. 
“Hidung saya alah pada bau minyak wangi. Maafkan saya encik...” 
“Nah, ambil ni. Lain kali kalau diluar tempat kerja, tak usah berencik-encik dengan saya. Panggil saja Zamri.” katanya sambil menghulurkan sehelai sapu tangan. 
“Its ok En.Zamri. Opps sori, Zamri. Tak mengapa, saya dah ada satu.”katanya sambil mengeluarkan tisu dari poket beg tangannya. Zamri kembali memasukkan sapu tangan miliknya tadi kedalam poket baju kemejanya. Tanpa berlengah, dia meneruskan bicara yang tergendala. 
“Saya harap awak sudi terima ajakan saya. Tolong, kali ni jangan kecewakan saya. Please Ain…” 

Ain terkedu seketika. Pertanyaan Zamri yang sarat dengan harapan itu membuatkan selera makannya terbantut. Entah dari ceruk mana lelaki itu muncul, dia tidak tahu. Mendengar suaranya sahaja sudah cukup hebat untuk memadamkan emosi, apatah lagi memandang sekilas wajahnya, langsung mati selera. Sementara itu, Ain Aqila hanya mendiamkan diri, tak mahu ikut campur urusan mereka berdua. Yang menjadi pujaan jejaka kacak bukan dirinya, tetapi kakaknya. 
“Zamri oh Zamri. Apa sebenarnya yang kau mahu dari aku? Aku bukan jenis perempuan yang engkau suka. Percayalah, aku memang tak mampu tuk jadi seperti apa yang kau mahu. Aku takkan dapat penuhi permintaanmu. Pergilah...jangan dekati aku lagi. Ya Allah, selamatkan aku daripada terdorong bisikan-bisikan dan godaan syaitan.”bisik hati kecilnya. 

Untuk tempoh satu semester sepanjang semester keempat ini dia dan Ain Aqila terpaksa menyempurnakan latihan klinikal yang merupakan sebahagian daripada syarat penyempurnaan pengajiannya di Universiti Teknologi Mara. Dari hari pertama menjalani latihan klinikal di Hospital Universiti Tekonologi Mara,Puncak Alam sehinggalah sekarang, tak henti-henti Zamri berusaha mendekati Ain. Baik dengan sekadar kata-kata mahupun dengan hadiah yang bagus-bagus. Namun, sekalipun dia tidak pernah menerima. Hadiah-hadiah mahal itu pada pemikirannya, lebih baik didermakan pada anak-anak yatim, atau golongan fakir miskin yang lebih memerlukan. 

“Kak Dilah, tolonglah. Saya keliru sekarang. Baru tadi ada seseorang yang saya kenali, katanya nak berikan saya hadiah. Tapi saya tak tahu samada saya patut terima atau tak. Dia cakap niatnya ikhlas nak bagi. Tapi entahlah...saya keliru. Betul-betul tak tahu apa nak buat. ” 
“Dik, setahu akak la, jika ada seseorang nak berikan sesuatu kepada kita tanpa dipinta, kita patut terima kerana itulah rezeki yang Allah beri kepada kita. Wallahualam. Tapi, siapa dia tu? Lelaki atau perempuan?”soalnya. 
“Lelaki. Tapi kak, kalau saya terima takut-takut ia akan memulakan sesuatu yang tak baik.” 
“Kalau dalam kes adik ni, seelok-eloknya tak perlu terima. Akak pun tak pasti dik. Tapi pada pendapat akak, jalan yang terbaik, jangan terima. ” 
Masih jelas dalam ingatannya, bagaimana gelagat Zamri memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan tangan. Kononnya sebagai tanda persahabatan. Mujur Ain pada waktu itu sudah terdidik dengan pengetahuan agama yang diperoleh daripada nendanya sejak kecil. Seingatnya, lelaki dan perempuan bukan mahram tidak boleh bersentuhan sama sekali. Hukumnya adalah haram dan lebih teruk dari menyentuh kulit babi. Menurut hadis yang lainnya, jika kepala dicucuh dengan jarum besi yang menyala, itu adalah lebih baik daripada menyentuh perempuan yang tidak halal bagi lelaki tersebut. 
Mengenangkan peristiwa itu Ain beristighfar sebanyak-banyaknya. Sanggup dia bermati-matian daripada membiarkan maruah diri dan agamanya tercalar. Lantas dalam hatinya dia berdoa kepada Allah, 
“Ya Allah tuhanku, yang berkuasa merubah kalbu, tetapkanlah hatiku. Moga-moga aku sentiasa dalam agamaMu dan taat akan perintahMu. Amin.” 
Dia masih ingat utuh pesanan Ustaz Azhar Idrus sewaktu menghadiri kuliah agama di bangku sekolah menengah dahulu. Suatu program ilmu bertempat di surau asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat yang wajib dihadiri oleh semua pelajar selepas solat maghrib berjemaah. Itupun masih ramai pelajar yang cuba ponteng sambil membuat alasan uzur dan sebagainya, lebih-lebih lagi pelajar perempuan. Berbeza sekali dengan dirinya, sekali pun dia tidak pernah ponteng. Peluang belajar secara langsung dengan bekas anak murid Tuan Guru Dato’ Nik Aziz itu dimanfaatkan sepenuhnya. Setiap kali majlis ilmu itu berlangsung, dia dan sahabat-sahabatnya malah lebih memilih untuk berada di saf paling hadapan. 
Ustaz ada berpesan,
“Apabila kamu menghadapi golongan-golongan yang berbuat maksiat( samada secara terang-terangan atau tersembunyi) kita jangan berlaku sombong sambil menghina mereka. Sebaiknya berdoalah kepada Allah moga-moga mereka beroleh taufik dan hidayah. Hakikat sebenar perbuatan dosa yang mereka lakukan itu hanya Allah saja yang Maha Mengetahui. Dan jikalau suatu hari nanti Allah berikan ujian kepada kita sama seperti apa yang menimpa mereka, belum tentu lagi kita mampu mengharungi ujian seperti itu. Wallahualam. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Maka kita sebagai hamba, mesti selalu memohon kepadanya, agar jalan hidup yang kita lewati sentiasa dalam suluh cahaya hidayah daripada Allah.” 
Sayang sekali pemuda harapan sepertinya dibiarkan pudar tanpa digilap dengan pengetahuan agama yang secukupnya. Dia masih muda dan tinggi IQ. Ramai umat Islam perlukan tenaga muda yang pakar seperti dirinya. Zamri itu bukanlah terlalu buruk perangai. Malah sering dipuji oleh rakan-rakan sekerja dan pihak atasan diatas keelokan bahasa dan budi pekertinya. Cuma yang terkurang adalah dari sisi agamanya sahaja. Yang lain semua lulus. 
“Errr, dari tadi saya tunggu jawapan awak ni Ain. Takda respon pun. Macam mana?” Zamri berasa dirinya tidak dipedulikan. 
“Apa yang macam mana? soal Ain. Dia seakan-akan lupa soalan yang diajukan Zamri sebentar tadi. Puas juga hendak mengingatinya kembali. Berkerut dahinya. Namun setelah mengingati, dia tergesa-gesa mahu kembali ke ruangan kerja. 

“Oh ya, maafkan saya Encik Zamri. Seharusnya jam sekarang saya mesti balik semula ke Imaging Department . Ada sedikit kerja yang mesti dibereskan. Saya kena buat room preparation untuk pesakit-pesakit klinik orthopedik yang ada temujanji hari ni. Maaf ya, ramai pesakit-pesakit sedang menunggu. We have to go now!” matanya dikenyitkan kearah Aqila.
Nur Ain Aqila faham kemahuan kembarnya. 
Ain meninggalkan Zamri terpinga-pinga. Lamaran temujanjinya sebentar tadi belum juga menemui jawapan. Ini sudah masuk kali keempat Ain menolak ajakannya. Sekali setiap tempoh satu minggu. Namun begitu, tak sedikitpun timbul rasa putus asa untuk mendekati Ain, gadis misteri yang dikenalinya sejak sebulan yang lalu. 
Semenjak kali pertama terpandang gadis itu, Zamri sudah mula merasai sesuatu yang aneh. Tingkahnya betul-betul sopan dan tertib. Itulah punca utamanya. Punca utama mengapa dia merasai sesuatu yang aneh dalam dirinya. Sesaat berjauhan dengan gadis pujaan dirasakan bertahun lamanya. Gadis berketurunan Melayu-Cina itu selalu membuatkan malam-malamnya sentiasa hidup dengan mimpi-mimpi indah. Alis mata yang lentik, lesung pipit, kulit putih licin kemerah-merahan serta senyuman manis bak kuntuman mawar berkuasa menyentap perasaan sesiapa jua yang menatap wajahnya. Manis, bagaikan tiada seekorpun kumbang yang pernah hinggap menyedut madunya. Ternyata ia masih terjaga rapi. Cantik, tetapi sangat sukar untuk didekati. Persis mawar berduri. Maka seluruh serangga perosak yang berada disekitar yang cuba mencederakan dirinya hanya mampu melihatnya dari jauh. Banyak juga kumbang yang telah tewas ditangannya. Namun, dia tetap ingin mencuba nasib. Manalah tahu suatu hari nanti Ain Atiqah bakal jatuh hati kepadanya. 
“Pelik…”Aqila kehairanan. 
“Aku tersalah tengok jam ke? Sekarang baru jam 1.30 petang. Patut masuk kerja semula jam 2.00 petang.”dia hanya mengomel sendirian. 
“Kita nak ke mana ni? Jam sekarang baru 1:30 petang. Takkan dah nak masuk kerja? Perut angah belum penuh lagi ni tau?!” 
“Sebenarnya ngah, along minta maaf sangat. Tadi tu sebenarnya, along nak mengelak dari dia tu. Sori ek, balik nanti along masak ikan siakap tiga rasa special tuk angah, ok? Kesian pulak kat adik aku ni.” 
“Banyak la along. Siapa ‘dia’ yang along maksudkan tu? Zamri? Angah kira dia tu okay ape. Padan dengan along. Along cantik, dia? Not bad la…baik, berbudi bahasa, sopan santun, good looking…dan yang lebih penting, angah nampak dia tu macam betul-betul ikhlas nak berkenalan dengan along.” 

“Angah ni, macam la kita ni bukan kembar. Kalau kak long cantik, kak ngah mesti cantik jugak. Dik, ikhlas tu bukan setakat janjitemu di coffee house, Starbuck, shopping mall, taman-taman rekreasi dan sebagainya. Itu saja tak cukup. Untuk seseorang lelaki dikatakan ikhlas, dia perlu buat lebih dari itu.” 
“Akak, mana boleh buat lebih-lebih. Kalau nak buat lebih-lebih... kena la kahwin dulu.” 
“Angah...! Ya Rabbi budak ni. Lain yang kita maksudkan lain pula yang dia fikir. Nampaknya memang betullah kata cikgu akak dulu. Budak-budak sekarang memang susah nak faham bahasa kiasan.”nadanya sedikit tinggi tetapi dia bukannya marah. 
“Salah ke apa yang angah cakap? Aduh, malunya...”mukanya jadi merah padam.
“Memangpun salah. Along tak maksudkan ‘lebih-lebih’ yang tu. Yang along maksudkan, kalau betul-betul mahu berkenalan, jadilah lelaki yang berani terus berjumpa dengan ibu bapa. Itu baru ikhlas yang sebenar. Lelaki dan perempuan, dibolehkan berkenalan jika ada niat untuk saling bernikah. Tetapi ini bukanlah alasan untuk kita berdua-duaan, berbua-bual berjam-jam, bergelak tawa dan sebagainya. Angah tahu tak, dalam Islam, soal berkenalan ni pun ada prosedurnya. Contohnya, elakkan dari berkata-kata yang diluar topik, tidak membuat lawak atau melembutkan suara, tak bertanya mengenai hal peribadi, dan berhenti bercakap sekiranya berlaku keinginan didalam hati. Perasaan suka antara lelaki dan perempuan itu fitrah. Sebab itulah Islam mensyariatkan pernikahan. Along tak salahkan dia kalau dia suka pada Along. Cuma dia kena la ikut peraturan. Mana boleh ikut jalan pintas!” nada suaranya begitu tegas. Apatah lagi bila berbicara perihal keagamaan seperti ini. Sewaktu di bangku sekolah dahulu, ada rakan-rakan yang menggelarkan dirinya ustazah. Sesuai dengan kepetahan dan kelantangannya berbicara mengenai isu-isu berkait moral dan keagamaan. Tegas benar pendiriannya. Itulah Ain Atiqah Ahmad Saifudin. Pendiriannya amat sukar dilentur selagi dirasakannya betul.
“Tapi kan kak long, kalau lelaki tu belum bersedia lagi nak jumpa dengan mak dan ayah perempuan tu?”
“Kalau macam tu, dia kena la tahan dulu. Sementara dalam tempoh tu, dia perlu jaga batasan. Kalau masih belum mampu nak melangkah ke tahap yang seterusnya, cintai dia dalam diam. Itu bermakna, dia adalah seorang yang sangat menghormati dan melindungi maruah orang yang dicintainnya. Kalau betul-betul dia cintakan perempuan tu, dia takkan ajak perempuan tu melakukan perbuatan-perbuatan yang jauh daripada redha Allah. Contohnya, dia takkan ajak perempuan tu dating. Bukankah berdua-duaan dengan perempuan yang bukan mahram itu boleh mendatangkan fitnah dan maksiat? Jika berdua-duaan antara rijal dan nisa’, ditengah-tengahnya adalah syaitan. Nauzubillah.”
“Ain, kau buat hidup aku tak tenang. Aku takkan mengaku kalah selagi kau tak jadi milik aku.” Zamri bermonolog sendirian.
Memang itulah rutin sehari-hariannya sejak sebulan yang lepas. Tidak pula dia merasakan perasaan yang sebegitu terhadap teman-teman wanitanya sebelum ini. Kali ini perasaannya benar-benar berbeza. 

Ain Atiqah benar-benar berbeza. Mengapa agaknya dia tidak seperti gadis-gadis lain yang dikenalinya sebelum ini. Jarang benar ada gadis yang sanggup menolak ajakannya. Tambahan pula dia anak orang berada. Jika tidak kerana memuja dirinya, sudah tentu poket duitnya yang berkepuk itu yang ditadah oleh perempuan-perempuan materialistik. Perempuan oh perempuan, memang mata duitan. Tapi tidak Ain Atiqah…”bisiknya.
“Ain. Mengapa begitu sukar untuk didekati? Mahu duduk di kerusi sebelah juga dia sudah seperti mahu pecut 100 meter, apatah lagi diajak keluar?”bisiknya lagi.
“Tapi esok aku nekad!”
“Ain Atiqah, ada borang kosong lagi untuk saya tandatangan? soal Zamri, selaku penyelia di jabatan pengimejan tempat Ain menjalani latihan.
“Maafkan saya Encik Zamri, semua borang maklumat pesakit sudahpun selesai ditandatangan. Ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu?”soalnya ringkas, tak mahu perbualan terus dipanjangkan.
“Ain, saya tak bermaksudkan itu.”
“Habis tu?”soal Ain.
“Saya maksudkan borang jawatan sebagai teman lelaki awak. Saya nak apply jawatan tu. Masih ada lagi kekosongan? Kalau boleh saya nak posisi paling atas. Seperkara lagi, saya tak mahu berkongsi jawatan itu dengan sesiapa pun. Dan saya sudahpun bersedia untuk ditemuduga. ”dengan penuh yakin Zamri melontarkan kata-katanya.
“Ah, betul-betul nekad dia ni!”dia berkata dalam hati. Nampaknya, kali ini dia perlu bertegas.
Ain…awak dengar tak apa yang saya cakapkan tadi? Saya benar-benar maksudkannya. 

“Maafkan saya encik. Kali ini saya perlu berterus terang. Saya tidak tahu apa sebenarnya yang tersirat dalam hati encik. Cuma yang saya tahu, saya tidak boleh terima encik sebagai teman lelaki. Huh, janggal betul nak menyebut perkataan teman lelaki tu. Dalam kamus hidup saya tiada istilah teman lelaki. Dalam kamus hidup saya tiada istilah cinta sebelum kahwin. Maksud saya, bukan cinta. Tapi perhubungan intim seperti suami isteri sebelum nikah. Itu prinsip saya. Harap Encik Zamri faham. Ringkasnya, saya memang tak boleh terima encik sebagai teman lelaki. Kerana dalam hati saya telah saya khususkan untuk seseorang bernama suami. Saya tak memilih harta. Apatah lagi rupa. Yang saya cari adalah agamanya. Saya tak kisah walau siapa jua jodoh saya. Asalkan elok agama dan budi pekerti, insya-Allah saya redha. Kembalilah semula dengan cara yang sepatutnya. Itupun jika saya masih dihati encik.” 

“Tapi Ain, takkan awak tak boleh pertimbangkan dulu permintaan saya? Saya betul-betul dah jatuh cinta pada awak.”
“Encik, makna cinta itu lebih suci dari sekadar perhubungan. Cinta itu juga bermakna penghormatan, perlindungan dan kasih sayang. Kalau encik betul cintakan saya, encik takkan bawa saya ke suatu perhubungan yang belum pasti, tanpa apa-apa ikatan yang sah disisi syara’!”
“Cukuplah! Jangan kita bincangkan hal ini lagi. Lupakan saja apa yang saya pernah katakan. Anggap ia seperti tak pernah berlaku. Maafkan saya mengganggu awak.” 

Kali ini Zamri yang mendahuluinya. Kakinya terus melangkah laju meninggalkannya jauh dibelakang. Kata-katanya berbaur marah dan kecewa. Dia sendiri tidak tahu harus berbuat apa. Hanya mampu meletakkan urusan yang selebihnya pada Allah s.w.t. 

“Moga-moga cinta Allah takkan mengecewakannya.”bisik hati wanitanya. 

“Ya Allah tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang, tuhan yang berkuasa membolak-balikkan hati. Tetapkanlah hatiku keatas agamamu serta dalam mentaatimu. Ya Allah ya tuhan kami, berikanlah petunjuk kepada kami. Tunjukkan kami jalan yang lurus.( Iaitu) jalan yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. Amin.” 
 
Begitu doa Ain dalam sujud panjangnya lewat solat tahajud. Dalam hatinya selalu berharap, agar pendiriannya selama ini dipertahankan, akan diperteguhkan oleh Allah s.w.t. 

Tamat.

October 13, 2012

Shop.



Finally Canon Powershot A2300 is mine. 
Alhamdulillah dengan penat lelah sy beli ni dengan duit senirik.
Penat tau tunggu sampai 5 sem.
Dah gheja nanti baru beli Canon EOS-lah !
Takpun lagi canggih sebab teknologi ni kan sentiasa berkembang.
Next semester will be hardisc sbb laptop ni dah kena halyu wave.




 Suka sangat buku ni sebab dia comel.
Every page dia ada gambar katun.
One more thing harga pon mesti la comel.



Buku karangan pemimpin yg pertama yg sy beli.
Buku ni tiada kena mengena dengan politik.
Sekian :)

 

October 07, 2012

Good News Feel Good


Actually I'm really excited that I've got good news from my sis.
She said that she was pregnant.
It means that this little boy gonna have little bro when he was three.


Can't wait for that time to come.
 I don't care if it was boy or girl.
Yang penting selamat.

September 21, 2012

NUR TUHAN

Nur Tuhan

Dia masih lagi bekerja dengan meja tulis dan komputer riba. Alam sekeliling sudah tidak lagi menarik perhatiannya. Sudah empat jam dia begitu. Badannya tegak bersandar di kerusi sambil matanya lurus memandang skrin. Tangannya pula sejak dari tadi cergas menekan-nekan sesuatu. Sejenak kemudian, kedengaran jeritan kecil dari bibir si gadis itu.

“Yes!!! Tinggal sikit je lagi...”
Lebar senyuman yang diukir mampu memancarkan riak-riak kegembiraan yang jelas pada wajahnya. Kini, penulisan yang selama ini diusahakan telah siap hampir seratus peratus. Tinggal lagi gaya bahasanya sahaja yang perlu diperhaluskan. Mana-mana susunan ayat yang dirasakan kurang elok sedang diteliti. Tatabahasa dan penggunaan istilah dalam ayat juga mesti tepat. Kesemua unsur itu harus dititikberatkan. Jika tidak, hasilnya nanti akan kurang menyerlah.

Mungkin bagi sesetengah orang, lima jam melakar idea dihadapan komputer sudah cukup untuk membuat tegang urat-urat saraf kaki dan tangan. Tetapi tidak sesekali bagi gadis ini. Aktiviti membaca dan mengarang sudah begitu sebati dalam dirinya. Malah ia sudah dianggap sebagai salah satu daripada aktiviti-aktiviti wajib tatkala ada masa terluang. Sekalipun penat, hasilnya nanti bakal mendatangkan kepuasan.

Pada malam itu tanpa sedar, dia sebenarnya bakal membawa pembaca ikut serta bersama watak-watak rekaannya mengembara ke suatu dimensi dunia yang berbeza. Dunia ciptaannya sendiri yang tak mungkin pernah wujud di alam yang nyata. Kalaupun ada, itu cuma kebetulan.

Dia harus segera menyiapkan cerpen memandangkan batas waktu baginya cuma berbaki kurang daripada dua puluh empat jam. Esok, dia harus menyerahkan karya itu kepada________, selaku editor majalah Hayat di sekolahnya. Lima jam sebelum itu, selesai sahaja solat maghrib tiga rakaat, dia terburu-buru melipat telekung dan sejadah lalu duduk dihadapan meja dan komputer ribanya. Tidak seperti kelaziman, dia berzikir dan berdoa setiap kali selepas solat. Tetapi kali ini dia tidak berbuat demikian. Hamba Allah itu benar-benar sudah meninggalkan rutin hariannya. Sengaja atau tidak, hanya dia dan Allah sahaja yang mengetahui.

“Nur, kenapa tak tidur lagi?”

Dia berpaling kearah datangnya suara. Nur Athirah tidak segera memberikan jawapan. Tangannya yang sejak dari tadi rancak mengetuk papan kekunci laptop pemberian umminya tiba-tiba terhenti. Jari-jemarinya yang runcing lantas diregangkan, batang tubuhnya dilenggokkan kekiri dan kekanan. Begitu juga dengan kepalanya. Dilentokkan sedikit dari kanan ke belakang, kemudian dari kiri kehadapan seakan-akan membentuk suatu bulatan.

KRRAAKKK....

Tulang-temulang lehernya sedikit berbunyi. Lega. Semua itu dilakukan berulang kali sementara tangan kanannya lembut memicit-micit bahunya, dengan harapan dapat menghilangkan sedikit keletihan pada tubuh. Itu memang menjadi kebiasaannya setiap kali selepas berada dalam satu posisi untuk tempoh yang agak lama. Sempat dia teringatkan kisah seorang wartawan suratkhabar The Nation di Thailand yang dibaca melalui majalah Reader’s Digest. Disebabkan terlalu sibuk mengejar deadline, kesihatannya hampir tergadai. Wartawan itu akhirnya menghidap penyakit acute transverse myelitis (ATM) dimana seluruh fungsi badannya bermula dari dada dan ke bawah berhenti berfungsi. Ini semua gara-gara terlalu ralit mengarang sehinggakan untuk mengubah posisi badan pun tak punya masa!

“Biar ummi picitkan.”

Nur tersenyum manis sambil menjawab. “Thanks ummi.”

“Nur tengah siapkan cerpen baru Nur. Sebelum esok Nur kena pastikannya siap. Sebab tula Nur tak tidur lagi mi...”

Puan Mahani berhenti seketika.“Nak ummi buatkan minuman?”

“Tak perlu mi, terima kasih. Cerpen ni pun dah hampir siap. Tinggal nak touch-up sikit kat mana-mana bahagian yang masih kurang...”

“Ok.”

“Kalau macam tu,pastikan lepas buat kerja ni terus masuk tidur. Adik dah solat Isyak?”

“Belum mi. Lepas siap kerja ni Nur solat ye...”

“Eloklah tu. Ummi rasa dah lewat ni. Ummi tidur dulu ye sayang.”

“Baiklah. Assalamualaikum ummi.”

“Waalaikumussalam.”

Selesai sahaja menunaikan solat Isyak, Nur lantas mempersiapkan dirinya untuk tidur. Matanya sudah tidak tertahan lagi. Belumpun sampai lima minit di atas katil bertilam empuk, kedua matanya sudah tertutup rapat. Begitu lena tidurnya pada malam itu.Ah, barangkali kerana keletihan.
 
Tok, tok, tok...
Tok, tok, tok...
Tok, tok, tok...

Entah sejak bila ketukan itu bertandang. Rasa bersalah segera menyelubungi jiwanya. Begitu tegarnya dia membiarkan tetamu menunggu lama diluar. Namun seketika kemudian rasa bersalah itu bertukar marah. Tidur nyenyaknya sebentar tadi tergendala gara-gara bunyi sumbang itu. Baru dia terfikir. Waktu sekarang sudah menghampiri jam dua pagi. Ada urusan apa datang malam-malam buta begini?

Lama dia membiarkan ketukan itu. Manalah tahu jika ketukan itu lama-kelamaan akan beransur pergi. Seminit dua berlalu. Tetap seperti itu juga. Tiada yang berubah, malah lebih rancak. Dalam keluhan itu, Nur terpaksa beralah dengan situasi. Langkahan kakinya perlahan menuju ke pintu. Bimbang jika derapan kakinya bakal mengejutkan ayah dan ibunya yang sedang nyenyak tidur. Dalam pada itu, terbit jua kebimbangan dalam dirinya, jika yang bertandang itu berniat jahat? Perompak, pembunuh atau perogol?

Dalam kerisauan itu, Nur menampakkan sebahagian kecil wajahnya ke tingkap kaca ruang tamu rumah. Dia mencari-cari di manakah kelibat makhluk Allah yang mengejutkannya dari mimpi indah sebentar tadi. Liar matanya menerawang ke setiap sudut. Hampir tiada yang menangkap perhatiannya.
Dalam keadaan malam yang semakin pekat, kelihatan seperti suatu lembaga sedang bergerak-gerak dan mengerang kesakitan dalam keadaan berbaring di atas lantai simen di halaman rumahnya. Darah merah mengalir keluar dari setiap luka-lukanya yang terbuka.

"Sepertinya ia kelihatan sengsara...”

“Tolong aku...”lembaga itu merayu.

“Baiklah, kau tunggu sahaja disitu. Aku ambilkan peti rawatan kecemasan sebentar.”

Sebaik sahaja membuka pintu, Nur kaget. Dihadapannya dia mengecam sesuatu. Sekujur tubuh, kulitnya yang sawo matang, kumis di wajahnya, jaket dan seluar jeans hitam yang dipakainya itu, seperti pernah dilihatnya sebelum ini. Di dalam fikirannya dia seperti teringatkan sesuatu. Cahaya terang yang menyuluh kearah mukanya menjelaskan segala-galanya.

Qalbi!

Tubuhnya layu tak bermaya. Cecair merah pekat itu mengalir deras dari hidungnya dengan tiada henti. Nur menerpa ke arah Qalbi. Dipangku kembarnya itu dengan penuh rasa kasih, bimbang yang teramat. Bergetar hatinya hanya Allah yang tahu.

"Qalbi, katakan padaku, mengapa boleh jadi seperti ini? Lihat, tubuhmu kebiru-biruan. Kau banyak kehilangan darah. Ia amat parah. Kau harus dirawat segera!”

Nur menjerit meminta pertolongan abah dan ummi. Dia tekad. Jauh di sudut hati, Qalbi begitu bererti buatnya. Mendung, kemarau, panas, lapar dan dahaga, sakit, perih dan jerih, Qalbi senantiasa disisi. Kepada kembarnya jugalah tempat dia berkongsi rasa. Umpama tempat bertakung, kenangan suka dan duka dalam kehidupan Nur, dicurahkan juga kepada Qalbi. Kehilangan Qalbi bererti dia kehilangan separuh dari jiwanya.

Dalam perjalanan ke hospital:

Sedang Nur lemas dalam esak tangisnya sendiri, Qalbi cuba mengumpul kekuatan, seperti mahu mengatakan sesuatu.

"Nur..." Qalbi memulakan bicaranya dengan lemah. Bersungguh benar air mukanya berkerut menahan kesakitan.

" Jangan banyak bicara Qalbi, kau sedang sakit..."kelembutan jiwanya terserlah.
Air matanya tidak lagi terbendung. Diusapnya peluh-peluh dingin yang memercik di dahi Qalbi. Asalkan boleh, mahu dijadikan dirinya sebagai pengganti, menanggung segala kesakitan yang ada pada tubuh Qalbi. Kembarnya bersuara lagi. "Untuk mengubati luka-luka dalam di badanku aku hanya perlukan satu ubat. Namun aku bimbang. Ubat itu amat mahal lagi sukar didapati kecuali bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

“Ah, kau ni. Kita sekarang hidup di zaman moden yang penuh dengan kemajuan dan modenisasi. Apa sahaja yang kita mahu boleh kita dapatkan dengan wang. Kenapakah kau suka berbicara yang karut-marut? Jangan kau bimbang, ummi dan abah pasti akan membantuku mencari penawarnya.”

“Nur, jangan seangkuh itu! Kita memang tidak mampu membelinya. Hatta kalau ditukarkan dengan jambatan emas Puteri Gunung Ledang sekalipun, tetap juga tidak mampu. Akan tetapi tanpa ubat itu, hayatku akan semakin pendek. Kira-kira dalam enam bulam sahaja....dan selepas itu jika gagal, aku akan m___"

Belumpun usai bicara Qalbi, bagaikan mahu luluh jantung Nur. Pantas diletakkan dua jemarinya ke atas bibir Qalbi. Bimbang jika perkataan MATI itu menjadi kenyataan. Manakan mungkin Qalbi akan meninggalkannya? Tidak! Tidak mungkin akan terjadi. Nur seakan-akan tidak mahu menerima kenyataan. Dirinya masih kaget. Siapa jugalah yang sanggup membelasah tubuh kurus saudaranya sehingga luka berdarah sebegini. Berhati manusia atau berhati syaitan? Namun setakat pengetahuannya, Qalbi tidak suka bermusuh dengan orang.

"Jangan bimbang, kau pasti akan selamat. Bukankah kita telah berjanji bahawa aku adalah kamu dan kamu adalah aku? Kau adalah sebahagian dariku. Mana mungkin kita dapat dipisahkan kecuali dengan kuasa Allah..."kata-kata semangat terus ditiupkan kearah saudaranya.

Sambil tersenyum sinis lembaga itu pun mula berkata-kata. “Nur, mungkin ingatanmu sudah semakin kurang. Sebentar tadi selepas solat Maghrib kau sudah terlupa untuk berzikir. Barangkali kau terlalu sibuk dengan urusan duniamu!”

"Nur, mengikut fitrah kejadian, aku adalah sekeping hati (Qalbi). Penawarku adalah zikir. Tanpanya, aku akan mati. Dan tahukah kau bahawa sesungguhnya zikir itu adalah perbuatan yang sangat disukai Allah? Jangan sekali-kali kau tinggalkannya semata-mata mengejar dunia yang sementara!”

Daripada Muaz r.a ;Semasa aku berpisah dengan Rasulullah s.a.w dan aku bertanya, amalan manakah yang amat dicintai Allah? Sebagai menjawab Rasulullah bersabda, “Basahi lidahmu dengan zikrullah.”

Dan diantara yang lainnya Ibnu abbas r.a ada meriwayatkan, Baginda s.a.w bersabda; Demi yang diriku ditanganNya, jika segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa yang ada diantaranya dan apa-apa yang ada dibawahnya, diletakkan di sebelah dacing dan kalimah lailahaillallah, disebelah yang lain maka dacing kalimah itulah lebih berat.

“Afdholuz zikri fa’lam annahu lailahaillahllah. Ketahuilah akan dirimu bahawasanya zikir yang paling afdal adalah kalimah lailahaillallah. Tiada Tuhan melainkan Allah. Ucapkanlah selalu kalimah itu. Lihatlah, betapa zikirullah (mengingati Allah) itu sungguh besar pahalanya. Oleh itu, janganlah engkau tinggalkan walau sesaatpun dari mengingatiNya.”

“Aku merayu, bawakanlah penawar itu kepadaku. Amalkanlah ia selalu agar aku tidak mati. Bukankah dulu kau katakan mahu sehidup semati denganku? Bukankah kita telah berjanji ?Tentunya kau tidak sanggup melihat 'mayatku' terlebih dahulu diusung ke liang lahad? Aku bagaikan kembarmu. Aku yakin
kau dapat mencari penawar yang aku maksudkan. Dengan izin Allah, pasti aku akan dapat diselamatkan. Dapatlah kita senantiasa berpadu. Meniti hari-hari yang penuh bermakna bersama-sama. Menempuh nikmat dan ujian Illahi dengan penuh rasa sabar dan bersyukur.”

Mendengar peringatan itu, sedarlah dirinya akan keperluan kembarnya yang telah diabaikan.

"Maafkan aku Qalbi. Aku malu dengan diriku sendiri. Aku malu mengaku menyanyangimu sedangkan keperluan dirimu aku abaikan. Maafkanlah diri ini. Semoga Allah tetap membimbing kita ke arah jalan yang benar. Aku sedar akan kesilapanku. Sekarang juga akan kucari penawar buatmu wahai hati..."

Allahuakbar...
Allahuakbar...
Allahuakbar...
Allahuakbar...

Lembaga itu tiba-tiba bangun. Lukanya yang parah tadi juga sedikit demi sedikit beransur hilang. Dia membuka langkahnya, lalu membawa dirinya hanyut bersama kegelapan malam. Nur ditinggalkan terumbang-ambing seorang diri.
Seketika itu jugalah mata kuyu Nur perlahan-lahan terbuka. Sedikit demi sedikit. Merdu suara azan telah mengejutkannya dari tidur. Lega kejadian sebentar tadi bukanlah suatu realiti.

"Mimpi rupanya. Ah, bila pula aku ada saudara kembar?!"Nur bermonolog sendirian.

Sejurus selepas itu juga Nur seperti dapat menangkap sesuatu. Mimpi tadi semacam satu peringatan buatnya. Sedarlah akan dirinya yang selama ini lalai dari menjalankan tanggugjawabnya sebagai seorang hamba.
Usai menunaikan solat subuh, dikerjakannya pula sujud syukur. Dalam sujudnya, dia memanjatkan rasa terima kasih yang tidak terhinggga kepada Sang Pencipta.

"Masyaallah, Maha Suci Engkau Ya Allah...kau telah berikan taufik dan hidayahMu kepadaku. Inilah anugerah yang paling bernilai yang pernah aku terima. Ampunkan dosa-dosaku ya Allah. Di saat aku terlalai begitu cepat kau datangkan peringatan, sebelum aku tersasar lebih jauh. Rupa-rupanya Kau sangat menyayangi hambaMu. Segala puji bagi Allah.

Bermula dari saat itu, bibirnya tidak lagi lekang dari melafazkan kata-kata zikir.


 Ayatulhusna,
7 September, 2010 5:21:11 PM