October 24, 2012
October 22, 2012
October 20, 2012
A Moment to Remember
Di sini saya dibesarkan.
Di sini tempat saya berlindung.
Di sini tempat saya mengenal erti kasih syg.
Di sini tempat saya kenal ayah.
Di sini tempat saya kenal mak.
Di sini saya kenal seluruh ahli keluarga.
DIA yang tempatkan saya disini.
I rarely tell you about my family.
It doesn't mean that I have none.
Cuma terkadang terlalu banyak untuk dikongsi.
I thank Allah.
I thank them for being by my side.
My supporters.
My backbone.
My shelter.
Thanks for being my everything.
Di saat orang lain berlalu meninggalkanku,
Mereka tetap disini, menyapa bahuku.
KAMI masih disini.
Tetap setia menemani.
Dulu kami bukan orang kaya.
Adik-beradik ramai, maka yuran sekolah pun bukan sikit.
Baju sekolah pun kadang-kadang kitar semula.
Dulu kalau hari raya, tarikh dekat-dekat dengan tarikh bukak sekolah.
Terpaksalah kami pilih, nak baju sekolah atau baju raya?
Allah Allah Allah.
Dulu hanya tahu merengek.
So dapatla saya baju raya dengan kasut sepasang.
Tapi saya cuba bayangkan semula.
Apa agaknya perasaan mak ayah waktu tu?
Nak pujuk anak, diri sendiri terpaksa berkorban.
Mom and dad, I'm gonna pay for what you have sacrificed for me.
Allah Allah Allah.
But now, Alhamdulillah.
Our life is getting better.
Dulu tak dapat nak merasa family holiday.
Tapi sekarang ada la sikit-sikit.
Syukur dengan kehidupan sekarang.
I said to myself that I want to be a better daughter for you.
And for dad too.
This picture was taken during my sister's graduation day.
I'm sorry.
There is no picture of me with my dad, since I'm closer to my mom.
I rarely talk to my dad.
Even if I want something from my dad, I ask mom to ask dad.
And mom will do as I wish.
But before that, mom scolded me.
And thats before my dad become less grumpy.
But nevertheless I love my dad.
I have been searching on my computer thoroughly
and I thought this picture has a lot of memory in it.
It was already five years from the day but memories never fade away.
Thank God I'm still alive.
Mereka inilah yang jaga saya siang malam.
Suapkan makanan saya.
Paksa saya makan.
Borak-borak dengan saya.
Merekalah penggerak semangat saya untuk cepat pulih.
Radiology department, Hosp.Kuala Lumpur.
Me with my mom waiting for my turn to be diagnosed.
All together five women in a family.
We are BIG.
Raya 2010.
Hey wait !
Why you no story about me?
October 18, 2012
Persis Mawar Berduri
“Along,
control ayu. Prince charming datang tu!” Aqila tersenyum lebar.
Belumpun sempat Ain
bertanyakan siapa gerangannya, Ahmad Zamri Zainudin sudahpun mengambil tempat
duduk disisi kanannya. Ain ternyata kurang selesa dengan jarak interpersonal
di antara mereka berdua yang sangat dekat. Tubuhnya seakan kaku seperti
tunggul kayu. Hidungnya dapat menangkap bau minyak wangi Silky Men yang
begitu mencucuk hidung.
“Ain, kebetulan saya nampak awak disini. By the way,awak free tak hujung minggu ni? Kalau ya, saya nak ajak awak keluar. Boleh kan?”Zamri bertanya sambil matanya tak lepas dari memandang Ain.
Entah kenapa, dia terasa semua perlakuannya diperhatikan. Pada saat matanya berada setentang dengan Zamri, nyata sangkaannya begitu tepat. Waktu itu, secara tidak sengaja mukanya bertemu dengan muka Zamri. Hatinya bertambah geram. Dia tidak membalas dengan senyuman, melainkan ekspresi muka expressionless yang terukir diwajah. Atau dengan kata mudahnya, dia hanya buat-buat tidak tahu. Memang wanita muslimah wajib begitu. Menjaga pandangan mata tidak hanya terhad pada lelaki, malah wanita juga. Jika kesemua lelaki dan wanita didunia ini begitu, dengan izin Allah maka tiada lagi zina, anak luar nikah, buang bayi dan sebagainya. Jangan terkejut, kerana semua itu boleh bermula dengan hanya pandangan mata!
“Haaacuuummm!”
“Haaacuuummm!”
Dua kali terbersin sudah
cukup membuatkan hidungnya berubah merah. Dia sengaja membiarkan dirinya
memberi respon sebegitu agar Zamri berhenti merenung. Kebetulan hidungnya
memang sensitif dengan bau-bauan beralkohol, jadi bersinnya bukan dibuat-buat.
Dia cuma mengambil peluang atas kesempatan emas yang ada. Yang jelas, idea
bijaknya menjadi.
“Awak tak apa-apa?” Zamri
bertanya sambil badannya bergerak sedikit jauh dari kedudukan asal. Dia tahu
Ain Atiqah sangat tidak selesa dengan jarak mereka yang begitu dekat.
“Hidung saya alah pada bau
minyak wangi. Maafkan saya encik...”
“Nah, ambil ni. Lain kali
kalau diluar tempat kerja, tak usah berencik-encik dengan saya. Panggil saja
Zamri.” katanya sambil menghulurkan sehelai sapu tangan.
“Its ok En.Zamri. Opps
sori, Zamri. Tak mengapa, saya dah ada satu.”katanya sambil mengeluarkan
tisu dari poket beg tangannya. Zamri kembali memasukkan sapu tangan miliknya
tadi kedalam poket baju kemejanya. Tanpa berlengah, dia meneruskan bicara yang
tergendala.
“Saya harap awak sudi
terima ajakan saya. Tolong, kali ni jangan kecewakan saya. Please Ain…”
Ain terkedu seketika.
Pertanyaan Zamri yang sarat dengan harapan itu membuatkan selera makannya
terbantut. Entah dari ceruk mana lelaki itu muncul, dia tidak tahu. Mendengar
suaranya sahaja sudah cukup hebat untuk memadamkan emosi, apatah lagi memandang
sekilas wajahnya, langsung mati selera. Sementara itu, Ain Aqila hanya
mendiamkan diri, tak mahu ikut campur urusan mereka berdua. Yang menjadi pujaan
jejaka kacak bukan dirinya, tetapi kakaknya.
“Zamri oh Zamri. Apa
sebenarnya yang kau mahu dari aku? Aku bukan jenis perempuan yang engkau suka.
Percayalah, aku memang tak mampu tuk jadi seperti apa yang kau mahu. Aku takkan
dapat penuhi permintaanmu. Pergilah...jangan dekati aku lagi. Ya Allah,
selamatkan aku daripada terdorong bisikan-bisikan dan godaan syaitan.”bisik
hati kecilnya.
Untuk tempoh satu semester
sepanjang semester keempat ini dia dan Ain Aqila terpaksa menyempurnakan
latihan klinikal yang merupakan sebahagian daripada syarat penyempurnaan
pengajiannya di Universiti Teknologi Mara. Dari hari pertama menjalani latihan
klinikal di Hospital Universiti Tekonologi Mara,Puncak Alam sehinggalah
sekarang, tak henti-henti Zamri berusaha mendekati Ain. Baik dengan sekadar kata-kata
mahupun dengan hadiah yang bagus-bagus. Namun, sekalipun dia tidak pernah
menerima. Hadiah-hadiah mahal itu pada pemikirannya, lebih baik didermakan pada
anak-anak yatim, atau golongan fakir miskin yang lebih memerlukan.
“Kak Dilah, tolonglah. Saya
keliru sekarang. Baru tadi ada seseorang yang saya kenali, katanya nak berikan
saya hadiah. Tapi saya tak tahu samada saya patut terima atau tak. Dia cakap
niatnya ikhlas nak bagi. Tapi entahlah...saya keliru. Betul-betul tak tahu apa
nak buat. ”
“Dik, setahu akak la, jika
ada seseorang nak berikan sesuatu kepada kita tanpa dipinta, kita patut terima
kerana itulah rezeki yang Allah beri kepada kita. Wallahualam. Tapi, siapa dia
tu? Lelaki atau perempuan?”soalnya.
“Lelaki. Tapi kak, kalau
saya terima takut-takut ia akan memulakan sesuatu yang tak baik.”
“Kalau dalam kes adik ni,
seelok-eloknya tak perlu terima. Akak pun tak pasti dik. Tapi pada pendapat
akak, jalan yang terbaik, jangan terima. ”
Masih jelas dalam
ingatannya, bagaimana gelagat Zamri memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan
tangan. Kononnya sebagai tanda persahabatan. Mujur Ain pada waktu itu sudah
terdidik dengan pengetahuan agama yang
diperoleh daripada nendanya sejak kecil. Seingatnya, lelaki dan perempuan bukan
mahram tidak boleh bersentuhan sama sekali. Hukumnya adalah haram dan lebih
teruk dari menyentuh kulit babi. Menurut hadis yang lainnya, jika kepala
dicucuh dengan jarum besi yang menyala, itu adalah lebih baik daripada
menyentuh perempuan yang tidak halal bagi lelaki tersebut.
Mengenangkan peristiwa itu
Ain beristighfar sebanyak-banyaknya. Sanggup dia bermati-matian daripada
membiarkan maruah diri dan agamanya tercalar. Lantas dalam hatinya dia berdoa
kepada Allah,
“Ya Allah
tuhanku, yang berkuasa merubah kalbu, tetapkanlah hatiku. Moga-moga aku
sentiasa dalam agamaMu dan taat akan perintahMu. Amin.”
Dia masih ingat utuh
pesanan Ustaz Azhar Idrus sewaktu menghadiri kuliah agama di bangku sekolah
menengah dahulu. Suatu program ilmu bertempat di surau asrama Sekolah Menengah
Kebangsaan Jengka Pusat yang wajib dihadiri oleh semua pelajar selepas solat
maghrib berjemaah. Itupun masih ramai pelajar yang cuba ponteng sambil membuat
alasan uzur dan sebagainya, lebih-lebih lagi pelajar perempuan. Berbeza sekali
dengan dirinya, sekali pun dia tidak pernah ponteng. Peluang belajar secara
langsung dengan bekas anak murid Tuan Guru Dato’ Nik Aziz itu dimanfaatkan
sepenuhnya. Setiap kali majlis ilmu itu berlangsung, dia dan sahabat-sahabatnya
malah lebih memilih untuk berada di saf paling hadapan.
Ustaz ada berpesan,
“Apabila kamu
menghadapi golongan-golongan yang berbuat maksiat( samada secara
terang-terangan atau tersembunyi) kita jangan berlaku sombong sambil menghina
mereka. Sebaiknya berdoalah kepada Allah moga-moga mereka beroleh taufik dan
hidayah. Hakikat sebenar perbuatan dosa yang mereka lakukan itu hanya Allah
saja yang Maha Mengetahui. Dan jikalau suatu hari nanti Allah berikan ujian
kepada kita sama seperti apa yang menimpa mereka, belum tentu lagi kita mampu
mengharungi ujian seperti itu. Wallahualam. Sesungguhnya hidayah itu milik
Allah. Maka kita sebagai hamba, mesti selalu memohon kepadanya, agar jalan
hidup yang kita lewati sentiasa dalam suluh cahaya hidayah daripada Allah.”
Sayang sekali pemuda
harapan sepertinya dibiarkan pudar tanpa digilap dengan pengetahuan agama yang
secukupnya. Dia masih muda dan tinggi IQ. Ramai umat Islam perlukan tenaga muda
yang pakar seperti dirinya. Zamri itu bukanlah terlalu buruk perangai. Malah
sering dipuji oleh rakan-rakan sekerja dan pihak atasan diatas keelokan bahasa
dan budi pekertinya. Cuma yang terkurang adalah dari sisi agamanya sahaja. Yang
lain semua lulus.
“Errr, dari tadi saya
tunggu jawapan awak ni Ain. Takda respon pun. Macam mana?” Zamri berasa dirinya
tidak dipedulikan.
“Apa yang macam mana? soal
Ain. Dia seakan-akan lupa soalan yang diajukan Zamri sebentar tadi. Puas juga
hendak mengingatinya kembali. Berkerut dahinya. Namun setelah mengingati, dia
tergesa-gesa mahu kembali ke ruangan kerja.
“Oh ya, maafkan saya Encik
Zamri. Seharusnya jam sekarang saya mesti balik semula ke Imaging Department
. Ada sedikit kerja yang mesti dibereskan. Saya kena buat room
preparation untuk pesakit-pesakit klinik orthopedik yang ada temujanji hari
ni. Maaf ya, ramai pesakit-pesakit sedang menunggu. We have to go now!” matanya
dikenyitkan kearah Aqila.
Nur Ain Aqila faham
kemahuan kembarnya.
Ain meninggalkan Zamri
terpinga-pinga. Lamaran temujanjinya sebentar tadi belum juga menemui jawapan.
Ini sudah masuk kali keempat Ain menolak ajakannya. Sekali setiap tempoh satu minggu.
Namun begitu, tak sedikitpun timbul rasa putus asa untuk mendekati Ain, gadis
misteri yang dikenalinya sejak sebulan yang lalu.
Semenjak kali pertama
terpandang gadis itu, Zamri sudah mula merasai sesuatu yang aneh. Tingkahnya
betul-betul sopan dan tertib. Itulah punca utamanya. Punca utama mengapa dia
merasai sesuatu yang aneh dalam dirinya. Sesaat berjauhan dengan gadis pujaan
dirasakan bertahun lamanya. Gadis berketurunan Melayu-Cina itu selalu
membuatkan malam-malamnya sentiasa hidup dengan mimpi-mimpi indah. Alis mata
yang lentik, lesung pipit, kulit putih licin kemerah-merahan serta senyuman
manis bak kuntuman mawar berkuasa menyentap perasaan sesiapa jua yang menatap
wajahnya. Manis, bagaikan tiada seekorpun kumbang yang pernah hinggap menyedut
madunya. Ternyata ia masih terjaga rapi. Cantik, tetapi sangat sukar untuk
didekati. Persis mawar berduri. Maka seluruh serangga perosak yang berada
disekitar yang cuba mencederakan dirinya hanya mampu melihatnya dari jauh.
Banyak juga kumbang yang telah tewas ditangannya. Namun, dia tetap ingin
mencuba nasib. Manalah tahu suatu hari nanti Ain Atiqah bakal jatuh hati
kepadanya.
“Pelik…”Aqila kehairanan.
“Aku tersalah tengok jam
ke? Sekarang baru jam 1.30 petang. Patut masuk kerja semula jam 2.00 petang.”dia
hanya mengomel sendirian.
“Kita nak ke mana ni? Jam
sekarang baru 1:30 petang. Takkan dah nak masuk kerja? Perut angah belum penuh
lagi ni tau?!”
“Sebenarnya ngah, along
minta maaf sangat. Tadi tu sebenarnya, along nak mengelak dari dia tu. Sori ek,
balik nanti along masak ikan siakap tiga rasa special tuk angah, ok?
Kesian pulak kat adik aku ni.”
“Banyak la along. Siapa
‘dia’ yang along maksudkan tu? Zamri? Angah kira dia tu okay ape. Padan
dengan along. Along cantik, dia? Not bad la…baik, berbudi bahasa, sopan
santun, good looking…dan yang lebih penting, angah nampak dia tu macam
betul-betul ikhlas nak berkenalan dengan along.”
“Angah ni, macam la kita
ni bukan kembar. Kalau kak long cantik, kak ngah mesti cantik jugak. Dik,
ikhlas tu bukan setakat janjitemu di coffee house, Starbuck, shopping
mall, taman-taman rekreasi dan sebagainya. Itu saja tak cukup. Untuk
seseorang lelaki dikatakan ikhlas, dia perlu buat lebih dari itu.”
“Akak, mana boleh buat
lebih-lebih. Kalau nak buat lebih-lebih... kena la kahwin dulu.”
“Angah...! Ya Rabbi budak
ni. Lain yang kita maksudkan lain pula yang dia fikir. Nampaknya memang
betullah kata cikgu akak dulu. Budak-budak sekarang memang susah nak faham
bahasa kiasan.”nadanya sedikit tinggi tetapi dia bukannya marah.
“Salah ke apa yang angah
cakap? Aduh, malunya...”mukanya jadi merah padam.
“Memangpun salah. Along
tak maksudkan ‘lebih-lebih’ yang tu. Yang along maksudkan, kalau betul-betul
mahu berkenalan, jadilah lelaki yang berani terus berjumpa dengan ibu bapa. Itu
baru ikhlas yang sebenar. Lelaki dan perempuan, dibolehkan berkenalan jika ada
niat untuk saling bernikah. Tetapi ini bukanlah alasan untuk kita berdua-duaan,
berbua-bual berjam-jam, bergelak tawa dan sebagainya. Angah tahu tak, dalam
Islam, soal berkenalan ni pun ada prosedurnya. Contohnya, elakkan dari
berkata-kata yang diluar topik, tidak membuat lawak atau melembutkan suara, tak
bertanya mengenai hal peribadi, dan berhenti bercakap sekiranya berlaku
keinginan didalam hati. Perasaan suka antara lelaki dan perempuan itu fitrah.
Sebab itulah Islam mensyariatkan pernikahan. Along tak salahkan dia kalau dia
suka pada Along. Cuma dia kena la ikut peraturan. Mana boleh ikut jalan
pintas!” nada suaranya begitu tegas. Apatah lagi bila berbicara perihal
keagamaan seperti ini. Sewaktu di bangku sekolah dahulu, ada rakan-rakan yang
menggelarkan dirinya ustazah. Sesuai dengan kepetahan dan kelantangannya
berbicara mengenai isu-isu berkait moral dan keagamaan. Tegas benar pendiriannya.
Itulah Ain Atiqah Ahmad Saifudin. Pendiriannya amat sukar dilentur selagi
dirasakannya betul.
“Tapi kan kak long, kalau
lelaki tu belum bersedia lagi nak jumpa dengan mak dan ayah perempuan tu?”
“Kalau macam tu, dia kena
la tahan dulu. Sementara dalam tempoh tu, dia perlu jaga batasan. Kalau masih
belum mampu nak melangkah ke tahap yang seterusnya, cintai dia dalam diam. Itu
bermakna, dia adalah seorang yang sangat menghormati dan melindungi maruah
orang yang dicintainnya. Kalau betul-betul dia cintakan perempuan tu, dia
takkan ajak perempuan tu melakukan perbuatan-perbuatan yang jauh daripada redha
Allah. Contohnya, dia takkan ajak perempuan tu dating. Bukankah
berdua-duaan dengan perempuan yang bukan mahram itu boleh mendatangkan fitnah
dan maksiat? Jika berdua-duaan antara rijal dan nisa’, ditengah-tengahnya
adalah syaitan. Nauzubillah.”
“Ain, kau buat hidup aku
tak tenang. Aku takkan mengaku kalah selagi kau tak jadi milik aku.” Zamri
bermonolog sendirian.
Memang itulah rutin
sehari-hariannya sejak sebulan yang lepas. Tidak pula dia merasakan perasaan
yang sebegitu terhadap teman-teman wanitanya sebelum ini. Kali ini perasaannya
benar-benar berbeza.
Ain Atiqah benar-benar
berbeza. Mengapa agaknya dia tidak seperti gadis-gadis lain yang dikenalinya
sebelum ini. Jarang benar ada gadis yang sanggup menolak ajakannya. Tambahan
pula dia anak orang berada. Jika tidak kerana memuja dirinya, sudah tentu poket
duitnya yang berkepuk itu yang ditadah oleh perempuan-perempuan materialistik.
Perempuan oh perempuan, memang mata duitan. Tapi tidak Ain Atiqah…”bisiknya.
“Ain. Mengapa begitu sukar
untuk didekati? Mahu duduk di kerusi sebelah juga dia sudah seperti mahu pecut
100 meter, apatah lagi diajak keluar?”bisiknya lagi.
“Tapi esok aku nekad!”
“Ain Atiqah, ada borang
kosong lagi untuk saya tandatangan? soal Zamri, selaku penyelia di jabatan
pengimejan tempat Ain menjalani latihan.
“Maafkan saya Encik Zamri,
semua borang maklumat pesakit sudahpun selesai ditandatangan. Ada apa-apa lagi
yang boleh saya bantu?”soalnya ringkas, tak mahu perbualan terus dipanjangkan.
“Ain, saya tak
bermaksudkan itu.”
“Habis tu?”soal Ain.
“Saya maksudkan borang
jawatan sebagai teman lelaki awak. Saya nak apply jawatan tu. Masih ada
lagi kekosongan? Kalau boleh saya nak posisi paling atas. Seperkara lagi, saya
tak mahu berkongsi jawatan itu dengan sesiapa pun. Dan saya sudahpun bersedia
untuk ditemuduga. ”dengan penuh yakin Zamri melontarkan kata-katanya.
“Ah, betul-betul nekad dia
ni!”dia berkata dalam hati. Nampaknya, kali ini dia perlu bertegas.
Ain…awak dengar tak apa
yang saya cakapkan tadi? Saya benar-benar maksudkannya.
“Maafkan saya encik. Kali
ini saya perlu berterus terang. Saya tidak tahu apa sebenarnya yang tersirat
dalam hati encik. Cuma yang saya tahu, saya tidak boleh terima encik sebagai
teman lelaki. Huh, janggal betul nak menyebut perkataan teman lelaki tu. Dalam
kamus hidup saya tiada istilah teman lelaki. Dalam kamus hidup saya tiada
istilah cinta sebelum kahwin. Maksud saya, bukan cinta. Tapi perhubungan intim
seperti suami isteri sebelum nikah. Itu prinsip saya. Harap Encik Zamri faham.
Ringkasnya, saya memang tak boleh terima encik sebagai teman lelaki. Kerana
dalam hati saya telah saya khususkan untuk seseorang bernama suami. Saya tak
memilih harta. Apatah lagi rupa. Yang saya cari adalah agamanya. Saya tak kisah
walau siapa jua jodoh saya. Asalkan elok agama dan budi pekerti, insya-Allah
saya redha. Kembalilah semula dengan cara yang sepatutnya. Itupun jika saya
masih dihati encik.”
“Tapi Ain, takkan awak tak
boleh pertimbangkan dulu permintaan saya? Saya betul-betul dah jatuh cinta pada
awak.”
“Encik, makna cinta itu
lebih suci dari sekadar perhubungan. Cinta itu juga bermakna penghormatan,
perlindungan dan kasih sayang. Kalau encik betul cintakan saya, encik takkan
bawa saya ke suatu perhubungan yang belum pasti, tanpa apa-apa ikatan yang sah
disisi syara’!”
“Cukuplah! Jangan kita
bincangkan hal ini lagi. Lupakan saja apa yang saya pernah katakan. Anggap ia
seperti tak pernah berlaku. Maafkan saya mengganggu awak.”
Kali ini Zamri yang
mendahuluinya. Kakinya terus melangkah laju meninggalkannya jauh dibelakang.
Kata-katanya berbaur marah dan kecewa. Dia sendiri tidak tahu harus berbuat
apa. Hanya mampu meletakkan urusan yang selebihnya pada Allah s.w.t.
“Moga-moga cinta Allah
takkan mengecewakannya.”bisik hati wanitanya.
“Ya Allah tuhan yang
maha pengasih lagi maha penyayang, tuhan yang berkuasa membolak-balikkan hati.
Tetapkanlah hatiku keatas agamamu serta dalam mentaatimu. Ya Allah ya tuhan
kami, berikanlah petunjuk kepada kami. Tunjukkan kami jalan yang lurus.( Iaitu)
jalan yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang
dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. Amin.”
Begitu doa Ain dalam sujud
panjangnya lewat solat tahajud. Dalam hatinya selalu berharap, agar
pendiriannya selama ini dipertahankan, akan diperteguhkan oleh Allah s.w.t.
Tamat.
October 13, 2012
Shop.
Finally Canon Powershot A2300 is mine.
Alhamdulillah dengan penat lelah sy beli ni dengan duit senirik.
Penat tau tunggu sampai 5 sem.
Dah gheja nanti baru beli Canon EOS-lah !
Takpun lagi canggih sebab teknologi ni kan sentiasa berkembang.
Next semester will be hardisc sbb laptop ni dah kena halyu wave.
Suka sangat buku ni sebab dia comel.
Every page dia ada gambar katun.
One more thing harga pon mesti la comel.
Buku karangan pemimpin yg pertama yg sy beli.
Buku ni tiada kena mengena dengan politik.
Sekian :)
October 07, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)



























