March 28, 2011

"Tatkala dia mahu mencoretkan bait-bait kata melengkapkan satu baris ayat, semakin hari dirinya semakin lemah. Hari-hari yang dilalui belum pasti samada dia bakal dipertingkatkan darjat disisi Allah ataupun tidak. Hanya yang termampu olehnya, memohon sedikit pinjaman kesabaran demi menempuh ujian yang semakin memberat. Adakalanya apabila ujian yang dia hadapi terasa ringan, lalu dibisikkannya di dalam hati, "senang saja nak hadapi ini". Namun, Allah itu sifatnya Maha Mendengar. Maka ketahuanlah oleh Allah akan keupayaan dirinya memikul mehnah yang lebih berat daripada yang sebelumnya. Lalu diturunkan oleh Allah ujian yang lain kepadanya   sebagai pengganti. Namun dia tetap redha, mungkin ujian yang dia hadapi itu sebagai kifarah dosa-dosanya yang telah lalu..."


Allah, Please hear to her...She ask You for a strength.


3 comments:

  1. i love u dear>__<....beznya ayat2 ni..mohon copy n paste kat blog kak dilah boleh??sgt2 suka..ya allah..berilah kekuatan kpd adkku dan aku jua untuk menempuh dalam segala aspek ujian yang Engkau timpakan pada kami!!!amin...

    ReplyDelete
  2. Amin..silakan.sy sgt2 berbesar hati...wif my pleasure....

    ReplyDelete
  3. writing with a deep soul make the sentence alive~~

    ReplyDelete